TUGASAN 1
Komputer sebagai alat, guru dan pelajar
Apa itu Komputer?
Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.
Komputer boleh menerima arahan dari manusia dan kemudian memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk semakan pengguna. Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses DATA menjadi MAKLUMAT
Komputer merupakan peralatan teknologi masa kini yang sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kewujudan komputer telah banyak membantu dalam menyelesaikan tugas-tugas harian mereka. Hal ini terbukti apabila hampir keseluruhan bidang pekerjaan yang terdapat di Malaysia menjadikan komputer sebagai alat yang penting yang perlu ada di dalam pejabat atau dimana tempat mereka bekerja.
Sekolah juga merupakan salah satu institusi yang bergerak seiring dengan gelombang arus teknologi ini. Dari segi perspektif pelajar, komputer kini, dijadikan sumber maklumat tambahan kepada mereka selain buku.Enjin pencarian seperti google, yahoo, ask, dan sebagainya merupakan antara muka pertama yang sering mereka gunakan dalam proses mencari maklumat. Selain itu, pelajar-pelajar juga amat sinonim dengan 'wikipedia' iaitu gedung pengetahuan am alam maya. Gedung ini kerap kali mereka gunakan untuk mendapatkan pengetahuan am. Pengetahuan am yang diperoleh tersebut boleh dikaitkan dengan mata pelajaran yang sedang mereka pelajari.
Guru juga tidak kurang hebatnya dalam menjadikan komputer sebagai alat untuk mendapatkan maklumat. Pengalaman yang mereka ada membolehkan mereka mempelbagaikan lagi sumber pencarian maklumat mereka. Aplikasi link-link yang berkaitan turut dijadikan sumber pencarian maklumat. Maklumat yang mereka perolehi ini akan dijadikan sebagai persediaan apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar. Maklumat yang telah sedia ada di dalam sukatan pelajaran ditambah lagi dengan maklumat yang diperolehi dari komputer akan dikongsi bersama pelajar. Proses ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi prestasi setiap pelajar.
Komputer juga turut dijadikan medium komunikasi bagi pelajar dan guru.Kewujudan Facebook, Yahoo Massanger, email dan sebagainya memudahkan proses interaksi guru dan pelajar. Melalui medium ini mereka boleh berkomunikasi secara maya. Hal ini dapat membantu pelajar apabila mereka berada di luar bilik darjah. Contohnya, apabila telah selesai waktu persekolahan, jika ada pelajar yang tidak faham akan topik yang telah dibincangkan ketika di kelas, mereka boleh berhubung terus melalui Facebook untuk bertanya tentang beberapa soalan kepada guru mereka.
Tuntasnya, kewujudan komputer amat relevan ketika mana negara kita dalam usaha mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Teknologi ini memberi kesan yang positif dalam pengurusan aktiviti atau gerak kerja seharian kita. Oleh itu, perkembangan ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin supaya kita tidak ketinggalan

TUGASAN 2
LEARNING MANAGEMENT SYSTEM
APAKAH LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)
Sistem Pengurusan Pembelajaran (atau LMS) adalah satu pakej perisian, biasanya pada skala yang besar (skala yang semakin berkurangan dengan cepat), yang membolehkan pengurusan dan penyampaian kandungan pembelajaran dan sumber kepada pelajar. Kebanyakan sistem LMS adalah untuk memudahkan kita pada "bila-bila masa dan di mana sahaja" mengakses kandungan pembelajaran dan pentadbiran berasaskan web. Selain itu, LMS biasanya membolehkan pendaftaran pelajar, penghantaran dan pengesanan kursus e-pembelajaran dan kandungan dan ujian serta boleh membenarkan untuk pengurusan kelas latihan diterajui pengajar. Pada yang komprehensif LMS, seseorang boleh mencari alat seperti , perancangan penggantian, pensijilan, dan peruntukan sumber (tempat, bilik, buku teks, pengajar, dan lain-lain). Kebanyakan sistem membenarkan pelajar layan diri, memudahkan-pendaftaran diri, dan akses kepada kursus.
Maksud LMS dari sumber lain adalah Learning Management System(LMS) ialah aplikasi berasaskan-web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik, mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan-bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan berbentuk pengurusan pemantapan pembelajaran. Dan semua itu dilakukan dengan online. Jadi,untuk memudahkan pelajar memahami apakah itu LMS, contoh LMS ialah ifolio dimana semua subjek berada di dalam satu aplikasi. Dengan mengakses ifolio kita akan mendapat maklumat atau mesej dari kumpulan lain atau dengan kata lainnya ifolio/LMS lebih bersifat menyeluruh .
APAKAH COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS)
Course management systems bermaksud "Sistem Pengurusan Kandungan”. CMS adalah alat perisian yang membolehkan pelajar untuk membuat, mengedit, dan menerbitkan kandungan. Walaupun perisian CMS awal telah digunakan untuk menguruskan dokumen dan fail komputer tempatan, kebanyakan sistem CMS kini direka secara eksklusif untuk menguruskan kandungan di Web. Ataupun bagi memudahkan pemahaman pelajar tentang CMS, contoh CMS adalah “EDMODO” dimana edmodo ini hanya mengkhusus pada satu subjek sahaja dimana orang yang berdaftar untuk edmodo sahaja yang akan menerima maklumat yang diletakkan pada edmodo. Jadi edmodo lebih mengkhusus dan terperinci untuk digunakan serta lebih memudahkan pelajar dan pensyarah di institusi pengajian.
FUNGSI LMS
1. Menyokong dan mengatur kerja-kerja jabatan akademik, organisasi dan projek-projek lain untuk mencapai beberapa matlamat pengajaran di peringkat pengajian tinggi.
2. Meningkatkan jumlah maklum balas atau respon yang mereka mampu untuk menyediakan kepada para pelajar dan memperbaiki keadaan maklum balas.
3. Meningkatkan tahap komunikasi pelajar antara pelajar lain dan antara pelajar dengan pensyarah.
4. Mengakses pelbagai maklumat yang berkaitan dengan subjek yang diambil oleh pelajar dan maklumat boleh diakses oleh pelajar lain pada bila-bila masa di mana sahaja berada melalui rangkaian internet.
5. Memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat dan tepat serta mudah.
6. Menyediakan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan pelajar dan penyusunan mata pelajaran.
FUNGSI CMS
1. Menguruskan laman web peribadi.
2. Menguruskan laman web perniagaan atau bisnes.
3. Mengurus portal atau laman web komunikasi.
4. Menguruskan galeri foto dan sebagainya.
5. Menguruskan forum.
6. Aplikasi e-commerce.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN (LMS)
Kebaikan :
1. Menukarkan sesi pembelajaran yang berpusatkan guru kepada sesi pembelajaran berpusatkan pelajar sendiri di mana pelajar-pelajar ini berinteraksi sesama sendiri dan banyak berfikir.
2. Memudahkan guru atau pensyarah untuk menyampaikan dan menghantar informasi terkini atau latihan-latihan secara atas talian.
3. Perisian LMS penting ketika sesi perbincangan dalam kumpulan.
4. Kos yang digunakan agak rendah dan kemahiran yang perlu pelajar kuasai juga bersifat sederhana.
5. Sesi pembelajaran dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua.
6. Memberikan peluang pembelajaran secara sama rata.
7. Para pelajar akan dapat berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif.
8. Para pelajar dapat bertukar-tukar maklumat,pandangan dan idea berdasarkan latih tubi yang diberi.
Keburukan :
1. Pelajar-pelajar akan menjadi malas membuat kerja dan malas berusaha kerana maklumat boleh diperoleh di hujung jari.
2. Pelajar-pelajar akan leka dan akan menangguhkan kerja-kerja yang diberi.
3. Ruangan perbincangan mungkin dijadikan ruangan mengumpat guru-guru atau pensyarah.
4. Pelajar-pelajar akan mudah meniru kerja-kerja rakan-rakan yang lain.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN CMS
Kebaikan :
1. Isi kandungan dan maklumat akan disimpan pada satu tempat.
2. Memudahkan orang lain untuk mencari informasi tentang perkaraperkara tertentu yang terdapat dalam satu laman web.
3. Isi kandungan dalam keadaan selamat kerana pengguna yang diberi hak yang istimewa atau pengguna yang tertentu sahaja yang dapat mencapai data.
4. Isi kandungan boleh ditambah dan diedit pada bila-bila masa sahaja.
5. Pengguna dapat berkomunikasi dengan orang dari dalam atau luar negara.
6. Memudahkan pengguna untuk mencipta, mengedit dan mengesahkan suatu kandungan sebelum diterbitkan.
Keburukan :
1. Tidak mempunyai sistem keterbukaan yang stabil.
2. Melibatkan kos yang agak tinggi.
3. Boleh dikenakan cas jika ingin memasuki laman CMS.
4. Mempunyai design yang terhad.
5. Laman web yang dibina akan nampak seperti “laman web CMS”.
PERISIAN (LMS)
1. Schoology
Scoology mempunyai banyak ciri-ciri yang dapat membantu para guru dan juga pelajar. Contohnya perisian ini dapat menghasilkan visual yang berkesan seperti buku penilaian online dan juga penghasilan idea-idea berkaitan pendidikan. https://www.schoology.com/home.php
2. eFront
eFront adalah salah satu wadah pembelajaran akan datang di antara pengguna intuitif dan juga fungsi sosial dan perusahaan yang unggul. Perisian ini juga dapat memenuhi keperluan moden yang menggabungkan antara sesawang yang bersih yang memudahkan pengguna. http://www.efrontlearning.net
3. ATutor
ATutor merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran berasaskan LMS yang digunakan untuk membangunkan dan menyampaikan kursus melalui talian. Para pengajar dapat memberikan kandungan pelajaran dengan mudah dan menjalankan kerja kursus melalui talian. Pelajar-pelajar dapat belajar dalam suasana pembelajaran yang mudah untuk diakses.
PERISIAN CMS
1.CourseSites (from Blackboard)
Perisian ini bertujuan bagi proses pembelajaran. Kursus ini merangkumi pelbagai aktiviti termasuk amalan, uji kaji, penyelidikan dan menulis. Di universiti, kebiasaannya para pelajar diperlukan untuk malaksanakan kerjakerja kursus untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan menunjukkan bahawa mereka boleh berbincang segala teori yang telah dipelajari. https://www.coursesites.com
2. Lectrio
Perisian ini merupakan salah satu alat yang membolehkan pelajar berkongsi bahan. Para pelajar dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli pelbagai sistem untuk berkongsi bahan-bahan kursus, mengesan gred dan mewujudkan laporan dengan menggunakan perisian lectrio yang sudah semestinya percuma. Seperti contoh penggunaan google,facebook dan instagram. http://lectrio.com/
TUGASAN 3
https://docs.google.com/presentation/d/12yK26nexCuMGfrncnU-1ePKKd8HXOmjmKEIjo8hWFHU/edit?usp=sharing